Next
Next

[BM] Rindu Masakan Ibu

[BM] Rindu Masakan Ibu
Oct 25, 2018
7:58 pm

by Zarul

Biasanya kalau sebut saja makanan sihat, mesti terbayang makanan hambar, tawar dan tak sedap kan? Sudahlah perlu berlapar, makan pula macam itu, mana tak stres.

1.

Ayam panggang madu

Asyik makan sate saja, rasakan perbezaan dengan gabungan keenakan  sate dan rasa madu yang manis berempah. Lepas ini, sudah pastinya tak perlu lagi pesan sate kalau ke kedai makan, buat sendiri saja semuanya. Lagi murah, seisi keluarga pun puas makan.

Resipi: Ayam Panggang Madu

2.

Ayam bakar berempah

Di mana-mana saja ada jual nasi kukus dengan ayam goreng berempah. Untuk mengelakkan minyak yang tentunya tidak elok dari sudut kesihatan, kita panggangkan saja! Masih juicy tapi kesedapan ayam dan rempah masih sama, malahan lagi sihat, itu yang paling utama.

Resipi: Ayam Bakar Berempah

3.

Ikan Kukus

Biasanya dimasak masam manis, masak 3 rasa dan digoreng, untuk pilihan lebih sihat, boleh cuba masak cara stim. Apa yang pasti keaslian rasa manis ikan masih kekal ditambah pula dengan aroma bahan perapan untuk menjadikan hidangan enak terkata.

Resipi: Ikan Kukus

--------------------------------------------------

So korang boleh try lah resepi ni, senang je sesuai untuk yang duduk jauh dari keluarga tu kan.

No comment yet.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now