Next
Next

[BM] Lelaki Maskulin? Anda mempunyai ciri-ciri lelaki maskulin.

[BM] Lelaki Maskulin? Anda mempunyai ciri-ciri lelaki maskulin.
Nov 2, 2018
6:49 pm

by Zarul

Maskulin merujuk kepada sifat2 kelakian seseorang lelaki itu, termasuk dari cara mereka berfikir, berpakaian, bertindak dan apa saja. Lelaki maskulin sangat menitik beratkan kesempurnaan dalam segala aspek tapi pada masa yang sama, masih boleh bertolak ansur mengikut keadaan semasa. Maskulin tidak semestinya bergantung kepada six pack sahaja.

Lelaki maskulin menitik beratkan penampilan dari segi wajah, stail dan permakaian. Lelaki yang berkeyakinan tinggi boleh di lihat dari permakaian dan cara berjalan. Bagi wanita, mereka akan berasa selesa dan selamat apabila bersama dengan lelaki yang berkeyakinan tinggi.

Lelaki maskulin harus juga berani, bukanlah berani sehingga melakukan apa sahaja termasuk perkara bodoh tetapi berani bertempat dan tidak mudah gentar. Mereka boleh melakukan sesuatu tanpa rasa gerun dan mengatsi kelemahan diri.

Umumnya mengetahui bahawa sifat bertanggungjawab itu penting tetapi tidak semua sanggup untuk memikul tanggungjawab sama ada baik mahupun buruk. Lelaki maskulin bertanggungjawab di atas segala perbuatannya.

Apa yang di perlukan oleh seorang wanita adalah lelaki yang menjaga mereka sebagai seorang wanita. selaku seorang lelaki berpendirian maskulin, mereka hendaklah memahami fitrah wanita yang sememang nya berbeza dengan lelaki.

Tidak perlu menjadi seorang lelaki yang hanya mengejar title untuk memikat wanita, jadilah lelaki yang terbaik dengan semampunya, jadilah lelaki yang disenang dah dihormati.

No comment yet.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now