Next
Next

Adidas Collabs with Dragon Ball Z!

Adidas Collabs with Dragon Ball Z!

by Zarul 

Adidas kini berkerjasama dengan siri anime yang terkenal Dragon Ball Z untuk melancarkan koleksi lapan kasut berdasarkan watak-watak dari siri tersebut. Ia secara rasminya akan dikeluarkan pada 29 September, iaitu Adidas ‘Son Goku’ ZX500 RM dan ‘Frieza’ Yung-1 yang di inspirasikan dari pertarungan di antara Goku dan Frieza. Korang mesti tahu battle yang mana kan.

Son Goku

Watak Goku akan digunakan dalam rekaan baru "adidas ZX 500 RM" menggunakan warna oren, biru, putih.

Freeza / Frieza

Adidas Frieza akan menggunakan rekaan "Yung 1" yang mirip dengan Yeezy 500. Warnanya juga mengikuti warna Frieza yang sama yang ada di Dragon Ball Z.

Plot Android Saga berkait rapat dengan Dragon Ball: sebuah organisasi yang dikenali sebagai Red Ribbon Army bertujuan untuk mendapatkan Balls Dragon dan turut memaparkan pertarungan diantara Gohan dan Cell.

 

  Son Gohan – adidas Deerupt

  Cell – adidas Prophere 

 Vegeta – adidas Oregon Ultra Tech

 Majin Buu – adidas Kamanda

 Shenlong/Shenron – adidas EQT ADV

 Mid Shenlong/Shenron – adidas EQT ADV Mid

            Jika ini adalah rekaan akhir untuk koleksi adidas ini, ianya nyata mendapat reaksi pelbagai sneakerheads. Ada yang berpendapat pemilihan model kasut untuk setiap watak ada yang tidak sesuai dan adidas boleh melakukan lebih baik. come on adidas atau Mungkin ini hanya teaser dari adidas untuk melihat reaksi orang ramai? Apapun kita tunggu 29 September ni untuk rekaan Goku dan Frieza. Korang juga boleh dapatkan dia sneakers store berhampiran anda dengan harga RM525 tapi kena ingat kasut Adidas Dragon Ball ini terhad, dan kalau terlepas anda mungkin terpaksa membayar lebih.

No comment yet.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now