Next
Next

Rasai-lah pengalaman memandu ATV merentasi hutan.

Rasai-lah pengalaman memandu ATV merentasi hutan.
Oct 8, 2018
3:51 pm

by Zarul

Aktiviti sukan All Terrain Vehicle (ATV) sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia. Aktiviti ini kurang popular mungkin disebabkan kos yang mahal selain tidak banyak lokasi dan trek di Malaysia.

Bagi yang ingin mencuba aktiviti sukan lasak ini ada beberapa lokasi yang menyediakan perkhidmatan ATV di Malaysia.

  1. ATV Adventure Park, Kuala Lumpur

Lokasi ATV Adventure Park ini adalah di Kampung Kemensah. Kampung Kemensah sememangnya terkenal dengan trek untuk pelbagai aktiviti lasak antaranya motorcross, ATV dan trail running. Terdapat 3 pakej yang di tawarkan bergantung kepada kesukaran.

Harga bagi pakej-pakej yang ditawarkan adalah antara RM100 hingga RM300 setiap orang. Terdapat sebanyak 80 unit ATV yang boleh disewa. Sekiranya baru pertama kali bermain ATV bolehlah cuba pakej yang paling mudah.

  1. ATV Tanjung Malim

Trek ATV Tanjung Malim ini terletak di Tanjung Malim. Perjalanan daripada  Kuala Lumpur kesini mengambil masa 50 minit menggunakan lebuhraya PLUS. Lokasi ini hanya sesuai untuk kumpulan yang lebih kecil kerana hanya terdapat 9 buah ATV yang boleh disewa.

Terdapat 2 pakej yang di tawarkan dan satu pusingan mengambil masa di antara 2.5 jam hingga 3.5 jam.

  1. Congkak ATV, Berjaya Hills

Trek Congkak ATV ini terletak di Berjaya Hills, Kira-kira 1 jam setengah perjalan daripada Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan trek disediakan.

Buat masa ini terdapat 32 buah ATV yang   disediakan dan melibatkan 20 orang dalam setiap sesi.

  1. ATV Park Johor

Bagi anda yang tinggal di Johor Bahru bolehlah merasai keseronokan bermain ATV di ATV Park Johor. Terdapat beberapa trek laluan yang disediakan sesuai dengan pelbagai tahap dan kecekapan pemain.

  1. ATV Nur Eco Resort

Selain tempat percutian Nur Eco Resort juga menyediakan kemudahan permainan ATV. Lokasinya adalah di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam. Terdapat 5 pakej ATV disediakan antaranya Easy Ride, Explore Ride, Advance Ride, Extreme Ride.

No comment yet.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now