MYC! Malaysian Youth Community

Karnival CASA x OKU UiTM Puncak Perdana

PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025

MYC

by MYC|

Uni-Events

PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025

 19  Disember 2024 - Karnival CASAxOKU 2025 memberikan peluang kepada golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) menunjukkan bakat terpendam mereka di dalam sebuah program yang
dikendalikan oleh pelajar Pengajian Seni Liberal dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM
Kampus Puncak Perdana, bertempat di Tingkat tiga, Blok Akademik, UiTM Puncak Perdana.

Pelajar-pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif yang terlibat dalam penganjuran karnival ini sangat
teruja untuk menyambut kedatangan golongan istimewa ke karnival ini dengan tujuan meraikan
serta berkongsi pengalaman dan kegembiraan bersama mereka. Mungkin sesetengah daripada
mereka belum pernah merasai pengalaman dalam suasana akademik untuk berinteraksi
dengan pelajar dan pensyarah. Oleh itu, Inisiatif ini juga dapat merapatkan jurang dan
menzahirkan keprihatinan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Seramai 438 orang pelajar semester 1 hingga 4, peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda,
Pengajian Seni Liberal dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana terlibat
menganjurkan Karnival CASAxOKU 2025 yang bermula dari 16 hingga 18 Januari 2025
bertempat di Tingkat Tiga, Blok Akademik, UiTM Puncak Perdana.

Produksi Euphoria telah diberikan kepercayaan dalam melaksanakan acara ini dengan objektif utamanya adalah untuk membawa CASA ke arah gaya pemikiran pelajar yang fleksibel menerusi tema CASAxOKU.
Selain menjenamakan Pengajian Seni Liberal, Produksi Euphoria berusaha membawa suasana
yang berbeza untuk membuka minda para pelajar untuk terus bereksperimentasi dalam
menghasilkan impak yang lebih positif.

Antara program menarik yang disediakan selama tiga hari termasuk:
1. Simfoni Tanpa Batasan - Menyatukan Bakat, Melangkaui Batas - Sebuah projek
persembahan seni yang bertujuan meraikan bakat-bakat unik dan luar biasa dalam
kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang muzik, nyanyian, dan tarian.


2. Tangan Yang Melihat - Kompilasi acara yang akan meningkatkan kesedaran orang
awam dengan cabaran harian yang dihadapi oleh individu kurang upaya penglihatan

3. Talk Show Emansipasi Unik: Insan Magis - Program talk show ini mempunyai
beberapa segmen yang memfokuskan topik kekeluargaan, mempromosikan produk
OKU, dan mewara-warakan program melalui video (pre-record).


4. Trade-sure Hunt: Hunt the Treasure - Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran
para pelajar terhadap setiap kategori OKU yang ada iaitu Kurang Upaya Pendengaran,
Kurang Upaya Penglihatan, Kurang Upaya Fizikal, Masalah Pembelajaran, Kurang
Upaya Pertuturan, Kurang Upaya Mental, dan Kurang Upaya Pelbagai.


5. Cinemove Unisinema Suara Tanpa Batas - Cinemove berfungsi sebagai platform
kreatif untuk pelajar mempersembahkan dan mempromosikan filem tempatan dan
antarabangsa, sambil mendapatkan pengalaman praktikal dalam pengurusan acara dan
industri filem.


6. Bengkel Lukisan Artesable Arena - Melalui program ini, peserta mengembangkan
kreativiti mereka melalui teknik-teknik seni lukisan Chinese Ink Painting yang unik, diajar
oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan dalam Chinese Ink Landscape Art, di
China Academy of Art.


7. EntrepreNation@Pundana - Acara ini menyediakan ruang gerai jualan yang turut menampilkan produk hasil usaha golongan orang kurang upaya (OKU) serta mempamerkan karya seni kreatif mereka.
.

Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha dalam memastikan penghasilan graduan seimbang yang kompetitif di peringkat nasional dan global serta memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri, seterusnya dapat menyerlahkan potensi pelajar, tenaga kerja dan mampu bersaing di masa hadapan. Kemahiran insaniah seumpama ini adalah satu esensi bagi pelajar Pengajian Seni Liberal agar bakat mereka diasah dengan sebaiknya dalam memastikan kelestarian kualiti graduan KPSK, sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah Globally Renowned University 2025. Melalui Karnival CASAxOKU 2025, KPSK yakin dapat meningkatkan kesedaran dan empati masyarakat terhadap golongan istimewa ini. Semoga
usaha murni ini dapat membentuk jati diri yang sentiasa bersyukur.


Maklumat lanjut hubungi:
Nur Amelia binti Mohd Zailani
+6016-2002 658