MYC! Malaysian Youth Community

FESTIVAL ALTRUISME 3.0 APB 2023

Spend your weekend with Disable children this coming weekend!

MYC

by MYC|

After Class

Spend your weekend with Disable children this coming weekend!

Kolaborasi antara pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam dan pihak MBSB Bank Berhad bersempena “Festival Altruisme 3.0 APB 2023” yang kan berlangsung pada 7 Oktober 2023 ini bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang!

Festival ini merupakan program anjuran APB, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama rakan strategik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM dan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM.

Festival Altruisme 3.0 APB 2023 ini merupakan program bersiri kali ketiga diadakan selepas Hari Altruisme APB pertama yang telah diadakan pada tahun 2017 bertemakan “Altruisme Menjana Kesejahteraan Masyarakat.”

Festival ini melibatkan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM dan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM yang menjadi platform jaringan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya bersama komuniti OKU.

Pelbagai aktiviti disediakan program Altruisme 1.0 ialah larian amal, senamrobik kanak-kanak Palsi Serebrum dan Syndrom Down, futsal tunanetra, forum Altruisme serta derma darah.

Sila Hubungi 019-2679589 - Dianna Suzieanna / Mohamad Shah untuk maklumat lanjut. Jumpa anda disana!